Latar belakang Malapetaka_Hindenburg

Hindenburg dibina oleh Luftschiffbau Zeppelin pada tahun 1935 dengan nilai £500,000. Ia terbang buat kali pertamanya pada March 1936 dan mencapai rekod menyeberangi Lautan Atlantik sebanyak dua kali dalam masa lima hari, 19 jam, 51 minit pada bulan Julai tahun itu.

Hindenburg sepatutnya diisi dengan gas helium tetapi sekatan ketenteraan Amerika Syarikat memaksa Jerman menggunakan gas hidrogen yang mudah terbakar sebagai gas pengapung.

Sebab utama kebakaran itu tidak diketahui dengan tepat. Salah satu punca letupan mungkin disebabkan oleh percikan eletrik statik yang terkumpul dari geseran dengan udara. Lapisan aluminium yang mudah terbakar ini mungkin terbakar, dan menyebabkan hidrogen terbebas. Gas hidrogen terbakar tanpa warna, oleh itu api yang menjulang mungkin menunjukkan api tersebut bukannya disebabkan oleh hidrogen. Selain itu gas hidrogen di dalam Hindenburg telah pun dicampurkan dengan bauan bawang putih bagi mengesan kebocoran. Tiada sesiapa pun yang terselamat melapurkan bau bawang putih ketika penerbangan atau ketika cubaan pendaratan sebelum malapetaka tersebut. Sekiranya Amerika Syarikat tidak mengenakan sekatan ketenteraan kepada eksport gas helium, api mungkin akan terpadam pada awal lagi, menyebabkan hanya kebocoran.

Terdapat beberapa kejadian kemalangan kapal udara sebelum Hindenburg (semuanya tidak membabitkan zeppelin), kebanyakannya disebabkan oleh cuaca buruk. Bagaimanapun Zeppelin mempunyai rekod keselamatan yang menakjubkan. Sebagai contoh, Graf Zeppelin telah terbang dengan selamatnya sejauh 1 juta batu termasuk mengelilingi dunia. Pihak Jerman mengetahui bahaya hidrogen dan telah mengamalkan kawalan keselamatan yang ketat sepanjang penerbangan dengan kapal udara Zepplin, termasuk mengutip semua pemetik api dan larangan merokok kecuali di dalam bilik yang dikhaskan. Syarikat Zepplin amat berbangga bahawa tiada seorang penumpang pun yang pernah tercedera ketika terbang dengan kapal udara mereka. Zepplin dianggap selamat.

Walau bagaimanapun, kemalangan Hindenburg menukar kesemuanya. Kepercayaan orang ramai hilang sepenuhnya apabila melihat gambaran wayang yang jelas lagi mengejutkan serta diiringi dengan rakaman bunyi secara langsung. Disebabkan laporan yang begitu meluas, pengangkutan zeppelin terhenti. Ia merupakan titik noktah kepada era kapal udara kaku gergasi pembawa penumpang.Malapetaka ini diingati kerana laporan berita wayang, gambar, dan rakaman radio Herbert Morrison mengenai lapuran saksi di lapangan pendaratan. Ulasan Morrison hanya disiarkan pada keesokan harinya.

Sebahagian daripada laporannya kemudiannya disunting kepada berita wayang (memberikan gambaran yang salah kepada mereka yang biasa melihat laporan langsung televisyen masa sekarang bahawa lapuran Morisson dan gambar diambil secara serentak.)

Pihak Jerman kemudiannya telah mengambil kembali rangka logam Hindenburg yang kemudiannya digunakan untuk menghasilkan kelengkapan peperangan yang digunakan oleh pihak Jerman dalam Perang Dunia II.